Showing posts with label Bali-Indonesia. Show all posts
Showing posts with label Bali-Indonesia. Show all posts

Monday, December 1, 2014

Percutian Bajet ke Bali (Beachwalk Mall, Dreamland & Padang Padang Beach, Uluwatu) - Day 5


Date 10 April 2014 

Ok bangun pagi, siap siap terus lari pergi Krisha nak beli last souvenir 
sambil Hafiy angkut beg masuk dalam van supir. Ok kali ni memang cepat gila,
grab benda yang nak and terus lari pergi van supir.
Tak rasa ke cantik clutch ni lepas tu harga RM 5 je satu.
rasa nak menagis tengok walau dah beli 10. ok setan hasut. tahuuuuu
Hem grab benda yang nak pun sempat juga capai 6 clutch kesayangan T.T
Ok lesson learned, tak payah la duduk hotel sebelah or dekat dengan tempat macam
 nisumpah tak boleh control ok, lagi lagi barang muraaahh.


Beach Walk Mall

Pak supir drop kat sini, jalan jalan je la gamaknya. Ada apa je la dekat Mall
sama je barang branded macam mall malaysia. Padahal duit dah habis beli souvenir hahahha.
Ok jalan jalan and lepak coffee house sambil tunggu pak supir datang.


Dreamland Beach
Sempat tidur otw nak datang sini, siap bawa kudap bajet picnic tepi pantai
Next pergi Dreamland Beach, ok terpaku dengan ciptaan Allah. Cantik sangat beach 
tenang je please. Tapi masa kitaorang pergi ni tengahari and agak terik juga la,
 macam biasa hafiy yang excited nak mandi sambil ditemani 
wife yg celup2 kaki gitu. Ok since berhijab ni tahan diri nak mandi open public 
kalau dulu pantang nampak air mesti nak terjun.
Siap  masa kecik besen dalam toilet pun boleh buat berendam okeh.


Lepas mandi and celup celup air, then kitaorang pun suruh pak supir
bawa ke musolla. Mujur la kat kawasan ni ada sediakan musolla, open space gitu
as long as boleh solat ok la. Kawasan dreamland beach ni macam area nak
buat resort and nak sampai ke sini pun gated and bayar parking. 
Nanti kat parking ada shuttle van yang datang ambik bawa pergi pantai.


Padang Padang Beach


 Padang padang ni ramai orang surfing, kitaorang dah tak larat nak jalan sebenarnya.
Turun bawa ambik gambar beli air then naik van balik. 
Penat ok main air tadi tak habis lagi


Uluwatu
One of place yang must visit bila dekat Bali, salah satu lagi ciptaan Allah
yang cantik :') Ok uluwatu ni hujung ke hujung ya tempat dia and naik turun tangga 
nak rendah hujung sani ke sana. Sebabkan terasa penat lagi, jadi tabahkan je la 
hati nak balik dengan kena kejar dengan monyet  sebab pegang 
plastik of pisang kat tangan. Sabar je la. Sila berhati hati dengan
cap, phone and spec takut monyet kat situ ambik.




Cost Entrance Uluwatu
IDR 20000/pax


Total Cost Bangi Kopitiam
Nasi Lemak Ayam Rendang, Ayam Penyek, Charm Iced, Fries, Mineral
IDR168200

Lebih kurang la harga dengan Malaysia.


Mustain drop dekat airport bagi tips duit malaysia sekit kt Mustain and 
trus cari kedai makan. Pusing pusing end up yang ada Bangi Kopitiam,
yes kat Malaysia tak pernah pulak nak makan kat sini. 
Makan solat then tunggu flight. Bye Bali!

Friday, August 22, 2014

Percutian Bajet ke Bali (Shopping Souvenir) - Day 3 & 4

*entry tak berapa nak budget bab bab shopping*

Date 8 April 2014 

Agung Bali Tanah Lot & Kuta City
Ok first pit stop kedai souvenir kitaorang pergi is Agung Bali dekat Tanah Lot, 
promoter kat situ kata harga kat situ mahal sedikit compare to Agung bali dekat
area city. Jadi ambik dua pek kopi dengan oil drop bagi
 rumah bau wangi tuu, So lepas balik dari tanah lot, Mustain bawa kitaorang pergi
Agung Bali dekat area city bali. Ok harga memang murah madness ok. 
mungkin sebab before ni kitaorang kena tipu dengan kedai
 tepi jalan terus terpegun dengan harga kat sini -____-

http://extraordinaryhnj.blogspot.com/
Agung Bali Tanah Lot, 1 pek IDR 10000 & 9000, Agung Bali city IDR 8000
Tshirt design cantik and agak berkualiti IDR 32000 = RM 9.00 sehelai
Kalau design yang macam ni IDR 28000 sehelai
Total Cost Agung Bali Tanah Lot & Kuta City
Tshirt x4, Kopi x7, Oil Drop Perfume x1, Kerepek x1
IDR 247500

Ok tu tak habis shopping lagi, sebab nak pergi gedung Krishna pula.
Krishna ni sebelah je hotel kitaorang duduk sebab tu la tak shopping sakan lagi :p


Atanaya Hotel Kuta Bali
Lepas Agung Bali, kitaorang check in Atanaya Hotel ni. Ok Hotel ni sangat la 
recommended nak duduk.Pilih Hotel ni sebab harga dia murah bagi hotel yang cantik macam ni and location dia sebelah gedung Krishna and mart.


Total Cost Atanaya Hotel 
Deluxe Room with Breakfast x 2 Days
RM 197.40

Lepas check in kitaorang makan dekat Krishna, macam foodcourt gitu.
 Yes singgah makan je, Hafiy tahan tak bagi masuk gedung souvenir dia.
 Ok fine, tunggu i malas dendam nanti macam mana :p


 9 April 2014

Untuk hari ke 4, plan kitaorang memang untuk shopping and leisure. dah alang alang gedung Krishna kat sebelah hotel so kitaorang tak ambik la pak supir.
 Kiranya boleh la save cost jugak, masa ambik pak supir boleh skip tak payah pergi tempat souvenir.  


Ok lepas breakfast yang ber-trip trip, terus Hafiy tukar baju and terjun pool,
pool hotel sangat la awesome kat rooftop gitu. Nice view please bila lepak kat atas ni,
 siap boleh nampak gunung Kintamani lagi. 
Next misi cari lunch pulak, sekitar hotel ni ada kedai juga kedai makan.
Tapi yang paling tarik perhatian kitaorang,warung kecik sebelah hotel. 
weyh pergi indonesia tak makan dekat warung tak sah ok!

Lupa harga tapi yang pasti murah, bawah RM 10 kot for both 
Muka tak sabar nk pergi shopping
Kecik je warung tu, tapi don't worry halal ok yang tukang jual tu islam pakai tudung
 and makanan mereka jual nasi padang. ok sebelah warung ni mart, 
bangunan kuning tu Atanaya Hotel and sebelah sana hotel gedung Krishna. 


Krishna Oleh Oleh Bali
Masuk Kirshna mata terus juling ok! Lagi besar and banyak gila barang
compare to Agung Bali semalam. jalan 3jam pun tak habis sebab banyak 
gila barang and serius kena godek satu satu.
Fridge Magnet Batu IDR 11000, Kemeja batik IDR 35500/37500
Ok nampak hafiy beli baju batik, oh man cantik la pulok. ok godak sekali
beli untuk papa and abang menyesal pulok beli tshirt bali untuk mereka, 
baik beli kemeja ni harga pun tak beza mana.

Ok ni barang untuk diri sendiri, Seluar Merah Bali IDR 36500, Clucth IDR 17500, Scrub badan IDR 13500, Sabun Kayu Manis IDR 6500, Selipar IDR 31500, Keychain 1 pek IDR 10000 (ni pun nak bg rakan2 please)
Clutch Kesayangan IDR 17500 = RM 5
Ok mula macam nk beli tshirt or FM untuk gadis2, then last bila nak bayar baru jumpaclutch ni. ok menagis cantik and murahh. tp masa tu tak sempat nak pilih yang cantik2sebab laki paksa balik. heehhhhhhhhhh.

Total Cost Krishna 
Clutch x4, Kemeja batik x2, FM x6, Tshirt x1, Kacang disco x3, Sandal x1, Scrub x2, Sabun x1, Seluar x1
IDR 402500

Ok tak saving bila kira total cost, tapi bila fikir balik harga macam ni dengan barang
 yang dapat worth it la juga. Harga tu souvenir part i je ok, Hafiy punya lain.


Dinner at Kapur Sireh

Ok balik hotel rest and dinner dekat restaurant hotel ni, 
not bad juga la makanan dia. Tapi ayam penyek dekat warung lagi sedap. hahahaha. 
Ok tengah makan, WA dengan mama tunjuk barang barang yang dibeli tadi,
 mula dah mama pesan suruh beli beg batik bali.lepas makan pergi Krishna balik la gamaknya!

Total Cost Kapur Sireh
Nasi Goreng Seafood, Soto Madura, Tea and Mineral water
IDR 113135


Krishna Oleh Oleh Bali Part 2
IDR 29500
Ok tambah lagi satu clucth ni.hewhewhew
Total Cost Krishna Pt2
IDR 47000



Balik bilik kemas kemas baju since besok nak balik KL da,
ok siap susun lagi souvenir tadi for each people, haaaa mula dah panic mode datang 
sebab rasa souvenir tak cukup and mula la konsept kesian
 nanti rakan rakan tak dapat souvenir.
 MUla la buat seribu satu cerita kat hafiy nak pergi balik Krishna T.T


Tips Shopping Bali
ada banyak pilihan shopping souvenir dekat bali ni, cuma kena pilih yang mana worth it and tak kena tipu please. Yelah balikan ramai visitor all around the world sah sah la peniaga ambik kesempatan naikkan harga. Jadi nak secure better pergi gedung yang jual souvenir Agung Bali tak pun Krishna sebab mereka dah tag 
harga siap2 and most of it lagi murah compare to kedai tepi tepi jalan.

Wednesday, August 20, 2014

Percutian Bajet ke Bali (Ubud-Tegalalang-Kintamani-Cofee Making-Tanah Lot-Agung Bali) - Day 3

*entry tak berapa nak budget bab bab shopping*

Date 8 April 2014

Ok day 3 ni  kitaorang jalan jalan dengan pak supir, Mustain.
Before tour area bali, kitaorang singgah KFC 
and tapau untuk lunch sambil curi curi fries
 dalam kereta. hikhikhik.Ok pergi KFC sini wajib beli crusher,
sedap lagi berperisa dari Malaysia punya.

Cost KFC Bali
3 Breakfast Set  = IDR 98000
Crusher Cookies Cream and Crusher Chocolate = IDR 20000
IDR 118000


Sari Amrta Batik Collection
Crusher KFC masih di tangan
First tempat kitaorang request nak pergi, tempat buat batik 
sebab nak belikan batik untuk mak and mama.Ok batik kat sini super cantik
 and sangat quality, ya harga pun harga quality juga.

Cost Shopping Sari Amrta Batik Collection
2 helai kain batik lepas + Baju kemeja batik
IDR 745000

*bayar guna kad kredit sambil gumpal gumpal resit.hahaha
tak apa demi family tercinta uoolss*
Lepas tu kitaorang pergi tgk pembutan silver, 
ok kat sini tak beli apa apa sebab harga dia mahal madness.


Tegalalang, Rice Terrace 
Ok tu la Mustain, Pak supir kami
Next kitaorang pergi tegalalang, tempat padi bertingkat gitu
cantik dan tenang je tempat ni walaupun panas terik uols
 tapi still rasa sejuk sejuk gitu sebab tegalalang ni atas bukit.
Cost entrance fee Tegalalang
Entrance fee untuk dua orang
IDR 10000

Tips entrance fee murah dekat Bali
Nak visit tempat mereka, most of it kena bayar. Selalunya kalau pak supir akan bayar parking fee and entrance fee kena bayar sendiri, depend macam mana pakej korang.
annndd untuk dapat entrance fee murah pak supir akan cakap yang kita ni local so akan dapat 
dapat harga penduduk local, tapi make sure la muka
 korang pun ala ala local macam kitaorang -.-"


Kintamani
View Kintamani yang sangat cantik
Kintamani ni tempat gunung berapi and still active lagi,
dapat tengok kintamani ni dari jauh tak macam dekat bandung.
Sebelah kintamani ni tasik batur. Jadi kalau dalam itenary korang ada 
visit kintami and lake batur, jangan la gelabah kalau rasa pak supir ter skip 
satu tempat nak visit sebab mereka tempat yang sama ya. 
Dekat kintamani ni ada a few kedai jual souvenir
and nanti ada jurujual datang kat korang nak offer macam macam.

Cost Kintamani
Parking fee untuk kereta sedan
IDR 2000

Tips makan dekat Kintamani
Ok reviews blog lain juga, kalau pergi Kintamani ni mesti pak supir
bawa pergi makan buffet dekat atas ni, ada 2 kedai satu kedai menghadap kintamani and lagi
 satu tak. lepas tu banyak reviews cakap makanan kat situ tak berapa ok and
 harga for each person is IDR 100,000 - 150,000. So lepas dah baca reviews,
 terus tak nak makan kat situ and sebab tu tapau KFC tadi.
 jimat lagi dari makan buffet kat situ.


Manik Abian Agroculture
Lepas tu we heading to Manik Abian, tempat coffee making.
Segala jenis coffee ada kat sini siap tunjuk macam mana proses buat kopi.
Promoter kat sini baik, peramah and best gila borak dengan dia and 
serious dia tak ada slang indonesia pun dah macam orang malaysia pun ada. 
Kitaorang siap bg dia tips ok sebab baik sangat layan kitaorang. 
Standard pergi tempat buat coffee dekat bali  memang dia akan bagi tester coffee
 percuma, boleh minum and rasa. lepas tu terpulang nak beli ke tak nak.
 Hafiy peminat coffee yang tegar, harus la beli kan. lagi lagi coffee kat sini banyak flavour!
 Coffee kat sini agak mahal sedikit, mungkin sebab flavor dia tapi tak menyesal
 beli sebab sedap sangat sangat. Sebab apa cakap mahal 
sebab 100gm coffee je each paket and harga satu paket IDR 100000 kecuali bali coffee.
Coconut Coffee favorited kitaorang

 Cost Shopping Manik Abian Agroculture
Bali Coffee, Vanilla Coffee, Mocha Coffee, Coconut Coffee
IDR 387600


Tanah Lot
 Ok tanah lot sah sah must visit bila kat bali,
one of scenery yang cantik kat bali ni. Tanah lot ni luas,
kat sini ada banyak kedai souvenir dari gudang sampai kedai kedai lot
yang jual kat tepi tepi tu. kalau korang pandai bargain dapat la murah.
Masa ni kitaorang cuma masuk
 Agung Bali (one of gedung souvenir murah yang banyak branch dekat bali),
banyak gila barang dalam ni. Masa tu macam dah siap ambik bakul
nak beli barang then tergerak nak tanya promoter, agung bali kat mana lagi murah?
lalu promoter tu cakap kat branch kuta lagi murah dari kat tanah lot.
*ok letak bakul balik sambil 2 jenis barang je*


Tanah lot is one of place yang korang boleh tengok sunset bali gitu,before pergi bali
 dok siap google google gambar sunset kat tanah lot, cantik sangat
 sambil berangan konon nak ambik gambar newlywed dengan view sunset gitu
tapi bila sampai tanah lot. sunset pun tak ada. *pasrah*

Cost Entrance Tanah Lot
Entrance untuk 2 orang = IDR 20000
Parking = IDR 5000
IDR 25000

Oh lagi satu, dekat Agung Bali tanah lot ni ada sediakan 
surau, senang la korang nak solat nanti.

sambung entry lain

Monday, August 4, 2014

Percutian Bajet ke Bali (Ayam Tulang Malioboro, Discovery Mall, Warung Nikmat) - Day 2


Date 7 April 2014

Second day ni plan jalan-jalan area Kuta Center je,
Lepas breakfast cute dekat Pondok Denayu,
dalam pukul 11.30 am macam tu start la
 ekspedisi berjalan kaki newlywedd ni.

Ok mula mula nak sewa motor tapi tak jadi sebab tengok google maps
 dekat je nak jalan lepas tu ala ala boleh menikmati view gitu,
 bajet the travelers jalan sambil pegang peta lepas tu tanya 
local people direction kat mana. phui sungguh.

Peta IT

Before pergi sana dah screen shot semua attraction nak pergi, gigih ok.
Haa yang merah tu Kuta City, so meriah la kawasan tu.
Ya kami jalan kaki dari Pondok Denayu sampai Mall lepas tu patah balik homestay,
 keluar 11.30am sampai balik home stay pukul 7 pm.
Puas gila jalan, tak rasa penat pun please.

Tips Before Pergi Bali:
Haa before nak pergi bali memang wajib kena buat research
nak pergi mana makan mana lagi lagi kalau nak save cost.
haa screenshot maps dekat google tu paling penting kalau nk travel sendiri ya
boleh la refer kalau tak ada gps or internet dekat gajet.

Ayam Tulang Malioboro

Ok first pit stop nak pergi Ayam Tulang Lunak Malioboro,
Ni pun baca blogger lain review tempat ni.
 Makanan dia sedap, cuma mahal sedikit je....teetttt! not! mahal banyak!
and makanan dia sedikit je. (not good untuk Jimatsssss)
Tapi still nak pergi sebab reviews ramai kata best -.-"


Cost Ayam Tulang Lunak Malioboro
Teh botol kalau dekat warung biasa baru IDR 3000-4000
Masjid 
On the way nak jalan dari Ayam lunak nak ke pantai kuta,
terjumpa Masjid yang tengah renovate, dalam 10 minute
 macam tu masjid dari Ayam Lunak. Area sini semua kawasan
 orang islam and banyak kedai makan halal.
(sempat tanya pakcik dalam masjid tu)


Discovery Mall
Rambut terlebih wavee polok mamat ni
Masa nak jalan pergi Discovery Mall macam sesat sedikit sebab

tak sure nk belok simpang mana. hahahha. Discovery Mall ni sebelah Pantai Kuta,
So dengan logic jalan je sampai hujung, nampak
pantai lepas tu jalan along way pantai tu.
Jauh la sedikit, tapi berbaloi ok sebab dapat enjoy view pantai.
ala bajet dalam drama jalan holding hand tepi pantai gitu.

 Along the way jalan dekat pantai tu, banyak villa villa cantik,
siap ada jalan untuk penjalan kaki lagi.
tak bahaya sangat la jalan tepi tepi pantai sampai
ke pantai discovery mall (kawasan mandi manda)

Tempat penjalan kaki
Sampai dekat mall, pusing satu mall lepas tu jalan-jalan
area mall tu. Sebab tak tahan tengok pantai sanggup pergi beli maxi dress ok
 asal kan dapat celup kaki manja manja pun jadi la.
 Dah siapa suruh tak bawa baju mandi. 

Tips Beli Souvenir:
Tak payah la beli souvenir dekat area Kuta center ni, lagi banyak tourist 
orang putih lagi mahal la souvenir kat situ (hypothesis ler pulok).
 Better beli dekat Krishna or Agung Bali. Tempat gedung souvenir, 
harga dia way way way cheaper dari tempat lain. percaya la
sebab kitaorang dah kena. siap kata bagi harga murah harga sedara.
Phuuiiii!

Depan Discovery Mall
Kawasan Kuta Beach yang ramai orang mandi bagai
Gitu kau dari seluar tukar skirt pulok
Lepas tu sambung jalan dekat area kuta beach yang ramai orang mandi,
dah beli maxi dress so boleh la feeling feeling
 jalan dekat persisiran pantai. Lalu Hard Rock Cafe,
then sambung jalan balik homestay balik.


On the way nak balik 

Warung Nikmat
Tengah jalan jalan nak balik ke Pondok Denayu,
ok serious masa ni memang dah lost nak lalu mana.
hahaha tapi macam biasa ikut logic and tanya local people kat situ.
Jalan jalan lepas tu terjumpa warung nikmat,
ohh maii alhamdulilah sangat jumpa warung ni.
banyak review yang cakap warung ni halal murah.
Yes memang murah dan berbaloi.



Total Cost Warung Nikmat
Nasi Ayam Penyek & Teh Botol IDR 21,000 ( RM 6)
Maggie goreng ayam, telur & Teh Botol IDR 18,000 (RM 5)

Tips Tanya Direction :
Ok local people dekat bali memang ok, tak sama macam dekat jakarta or bandung.
Most of local people kat sini friendly dengan tourist sebab main income 
dekat sini based on tourism. Jadi kalau nak tanya local 
people direction kat mana, just make sure korang ingat famous
 landmark dekat area korang nak pergi tu. contoh pondok denayu ni dekat
 dengan western hotel, so kitaorang just tanya kat mana hotel tu.

Ok update next post nanti!